6.4.12

Cerita Lukisan Si Kepala Lembu



source : google

tadi aku pergi tasik untuk berjogging,
selalu buat 4 pusingan, tapi hari ni
tumit pula rasa mcm sakit, so aku malas nak drag2 kan,
nnt tambah sakit la pula. . .

aku duduk la kat bench ni sementara tunggu mak aku siap berjogging,
ada few benches kat situ, so adalah beberapa orang pun tengah duduk2 rehat lepas bersenam

dua orang ladies ni (mmg patron kat tasik ni la juga) 
bercerita tentang lembu (aku tak ada niat nak curi dengar, tapi suara depa ni mmg sungguh lah 'loud speaker' volume penuh), so aku bukan 'terdengar' ye, tapi mendengar' mereka bercerita penuh semangat

memula aku ingat kan, ah agaknya dorang ni nak pi beli lembu untuk kenduri kot, tapi aku silap. . . rerupanya, si ladies A ni baru balik dari kursus, so dia ceritalah pengalaman dia sewaktu kursus tu. . .ada satu part tu, peserta kena lukis gambar lembu, ada yang lukis gambar lembu kepala kat kiri, ada yang kepala kat kanan, ada yang kepala lembu menghadap ke depan, dan ada pula bontot lembu tu yang menghadap kat depan. . .

so, mengikut cerita si Ladies A ni, rata2 lukis kepala lembu sebelah kiri, ada juga yang lukis sebelah kanan, tapi cuma segelintir je lah yang lukis kepala menghadap ke depan atau bontot yang menghadap ke depan. . .

semakin dorang ni bercerita, semakin la pula aku khusyuk mendengar kan, tak pernah2 lagi aku dengar cerita tentang lukisan lembu ni. . . tapi sewaktu dorang ni bercerita, terdetik la kat dalam hati aku, kalau lah aku yang disuruh lukis lembu, aku nak buat kepala menghadap ke depan, dalam keadaan lembu berdiri, hahaha, aku dah mula berimaginasi, mcm ternampak2 pula si lembu menari2 . . . 

so, berbalik kepada cerita si Ladies A, dia bagitau la si Ladies B, lukisan arah kepala lembu ni ada maksud tersendiri. mereka diberitahu oleh fasilitator kursus, kalau kepala kat sebelah kiri, ni adalah normal bagi penjawat akauntan (baru lah aku tau, ladies A ni akautan la pula), cara mereka berfikir adalah perkara2 yang lojik dan tak banyak tanya, kalau kepala lembu dilukis kat sebelah kanan, mereka bukan sahaja berfikir secara lojik, tetapi mereka ni teliti. . .

aku tak sabar nak tahu kalau kepala lembu dilukis menghadap ke depan (alah mcm kat dalam gambar di atas tu la). . . kata si Ladies A ni lagi, kalau kepala lembu menghadap ke depan, mereka adalah orang yang jujur dalam melaksanakan kerja mereka, bukan sahaja jujur, mereka selalunya sangat teliti dengan kerja yang mereka  lakukan. . . WOW! aku surprise juga la, lukis posisi kepala lembu ni ada makna eh?

lepas tu si Ladies B tanya, habis tu kalau lukis bontot kat depan? si Ladies A gelak, aku pun rasa mcm nak gelak la juga kan. . .dah arahan kena lukis lembu, dan kena tunjuk kepala lembu, so kalau lukis bontot menghadap depan, korang rasa boleh nampak tak kepala lembu tu? so, Ladies A pun bagitau, kalau yang lukis bontot menghadap depan, ni golongan orang yang lurus bendul dan tak tahu nak fikir yang lojik. . .

 tapi menurut si Ladies A tu, rata2 lukis kepala lembu sebelah kiri, dan cuma beberapa kerat jer yang lukis kepala menghadap ke depan, dan adalah satu dua lukis bontot menghadap ke depan. . .lukisan kepala lembu ni mewakili cara pemikiran mereka, ni yang fasilitator bagitau kat peserta kursus tu la, awks!

tengah2 aku ligat mendengar cerita dua ladies ni, tetiba terdengar suara mak aku memanggil. . .

~ jom balik! ~

aku : mak ni, potong stim betullah (tapi cuma mampu cakap dalam hati la yer) :))

No comments: