hello peepos. . .tadi ms. Saranghae browsing2, yahoo.my entertainment buat entri tentang cerita azah elite ni tak pakai tudung sewaktu akad nikah! ingatkan dah surut cerita 'kerana sehelai tudung, dia dikata jahil' ni, rupa-rupanya, tak surut-surut lagi air pasang dalam ni. . . bukan sepatutnya air pasang dalam, surut pukul lima, nona bangun pagi siram pokok bunga. . .oppsss, terlajak perahu la pula, sampai meleret2 mcm lagu budak-budak pertengahan zaman 80-an kan . . .
kalau fesyen macam ni, boleh dikira sebagai bertudung eh?
v
v
v
v
v
source : limauais
kalau si azza pakai 'turban' mcm tu time nikah, kau rasa, kau takkan buat statement azah jahil agama eh? tak pun, mmg sah sah kau sendiri jahil agama, opps. . .terlebih sudah (pinjam tagline Stacy AF jap). . .
azah bersama suami tercinta incik azlan zulaily di majlis pernikahan mereka pada 1 april 2012 yang lalu. senyum lebar kedua dua pengantin ni, moga moga senyuman korang akan berkekalan hingga ke akhir hayat, semoga hidup selalu bahagia hendaknya. . .
* * * * * * * *
ms. Saranghae has no offence to anyone. . .kalau tak suka pakai, jangan pakai kerana orang paksa pakai, tepuk dada tanya iman kan. . .kalau nak pakai, jangan pula pakai kerana tudung ni difesyenkan sampai glamer tahap dewa, ni pun tak elok. . .apa yang akan jadi kalau tudung difesyenkan???
gambar-gambar ni aku cekup dari google
ni di antara gambar yang menunjukkan tudung di'fesyen'kan. . .sekarang ni, siapa yang jahil? azza yang tak pakai tudung time nikah tu ka, atau pembeli pembeli tudung yang beli tudung sanggul unta ni? yang azza tak pakai tudung tu, dia dah buat kenyataan meminta maaf kerana tidak sensitif dan tidak dapat menjaga hati semua orang (dia dah minta maaf ok kat manusia yang cakap azah jahil agama), tapi pembeli pembeli tudung sanggul unta ni, ada korang nak minta maaf secara terbuka kerana secara langsung dan tidak langsung, koranglah sendiri yang merosakkan nilai-nilai agama di dalam bangsa korang. . . (memang statement aku tak berkias, jadi aku pun patut minta maaf secara terbuka).
source dari google
sekarang kat Malaysia sendiri, dah ramai wanita islam jadi rahib, kalau ms. Saranghae jenjalan kat bandaraya pun, ni la fesyen tudung yang dibangga-banggakan. . .tak habis dengan fesyen tudung rahib ni, siap nak letak lip lap lip lap pula, bagi perhatian kat semua makhluk di muka bumi ni. . .satu tudung boleh mencecah ratusan ringgit, masya allah. . .sampai mcm tu sekali korang fesyenkan tudung dan buat mereka mereka yang nak bertudung rasa mcm ~ eh eh, mahalnya tudung ni, tak mampu la aku nak bertudung ~
source dari google
huh, kalau lah kena bertudung mcm ni, mmg aku nak panggil 'fashion police' pi terjah orang yang mcm ni. . . mmg ni antara fesyen bertudung yang estupido. . .lagi tanya aku kenapa? korang tak nampak fesyen tudung dia mcm mana. . .ni bukan nak bertudung, ni nak berfesyen jer lebih lebih, lebih extra, lebih keju, lebih masin dan lebih manis. . .kalau la aku jadi pengadil pertandingan, contestant mcm ni, mmg aku bagi fail jer terus, zero marks. . .
pakai turban, letak sanggul unta tinggi tinggi, mcm bait bait lagu ~ tinggi tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu ~ lepas tu kat bahagian depan bukan tutup pun, bagi buka besar besar, ada juga eh fesyen tudung mcm ni? ye lah, korang cakap la ni kan tudung pengantin. . . ada eh dalam islam panduan khas bertudung untuk pengantin?
source dari google
ni memang sah bukan bertudung, kalau korang cakap ni antara fesyen tudung terkini, yaks! memang korang jakun tak tahu apa tu bertudung kepala. . .ni cuma setakat nak letak sehelai kain duduk atas kepala jer hokey, alah setakat nak cover rambut la, kot2 rambut korang rosak ka, beruban ka, bekutu ka. . .fesyen mcm ni mmg sesuai untuk digayakan. . . ~ aku: awat hari ni tutup kepala mcm ni pula? ~ ~ kau: shhh, dah sebulan aku tak cuci rambut, ni nak cover bau rambut aku la ni ~ ~ dia: (gelak sakan dalam hati) ~
source dari google
gambar mcm kat atas ni, baru boleh masuk kategori bertudung, ni kalau aku jadi pengadil, banyak2 gambar yang aku tempek, sure yang last ni jadi juara kategori 'tudung sempurna'. . . nextime kot kot ada lah yer organiser nak buat event anugerah pakaian berprestij antara artis. . .
kalau ada yang nak condemn ms. Saranghae pasal tak bertudung, dipersilakan memberi nasihat yang baik baik hokey. . .sebelum nak condemn jiran tetangga, baik kita muhasabah diri sendiri. . .to azza elite, congrats on your wedding (i'm just an ordinary fan like everyone else). . .aku bukan siapa2 yang nak condemn others, cuma sebagai pemerhati bebas yang duduk di bangku simpanan. . .
selain azza yang menjadi kritikan umum, kenapa tak nak kritik artis lain eh yang 'sama tapi tak serupa'?
saranghae
love is life; a neverending journey
No comments:
Post a Comment