16.5.12

Penting!!! Baca Ni Kalau Nak Benar-Benar Kurus / Kurangkan Lemak Tepu Di Badan!!!


hello peepos. . .

siapa nak kurus????? sila angkat tangan. . . .!!! jom datin-datin, puan seri puan seri. . .siapa lagi eh???? oh ya, dan mereka mereka yang nak gila gila nak berseri seri. . .aku skodeng wikihow web tadi, nak cari tips kurangkan berat badan, atau secara LANTANGnya tips untuk kurus. . .

kenapa nak kurus? gemuk tak cantik ke? hohoho. . .eh awak, cantik ni tak de kena mengena kurus ke gemuk ke hokey. . .kalau dah cantik, tembam jadi manusia tergemuk di dunia ni pun TATAP maintain cantik tau!!!

so, kenapa awak GILA sangat nak kurus? . . . . eh awak, aku bukan GILA sangat nak kurus hokey, aku just nak kurangkan berat badan untuk mencapai berat badan yang ideal. . .aku ni bukan SUPERMODEL nak kurus cikedeng sampai lemak di badan mencapai tahap KRITIKAL. . .hohoho, aku bukan mcm tu. . . kalau BMI dah bagi indicator overweight, tak salah kan kalau aku concern dengan kesihatan aku. . . berat badan berlebihan lebih cenderung unuk memberi IMPAK tidak sihat kepada individu hokey!!!

macam mana nak KURUS? puasa? tak makan?. . . gosh gosh, kalau tak makan, tu bukan kurus namanya, tu zombie!. . .aku tak tau korang-korang nak kurus macam mana? ada yang pi SLIMMING SPA bayar berkilo-kilo RM$$$$$$, ada yang bersenam 24/7 non-stop, ada yang tak makan sebarang karbo, ada yang cuma depends dengan VEGE jer. . .mcm2 cara nak kurus kan. . .

cara aku? . . . erm. . .  aku kurangkan portion makanan yang biasa aku makan, dan in the same time get some good supplements for the body. . .tapi aku cuma budak biasa, bukan pakar nutrisi, so aku still mencari info tentang cara mengurangkan LEMAK badan yang degil ni secara SIHAT. . .


terus terang, aku makan LECITHIN 1200 BLACKMORES sekali sehari. . .tapi this few days aku dok mencari info info yang berkaitan untuk beat off that visceral fat dan seangkatan dengannya. . . 

so, aku terjumpa lah tips mengurangkan lemak badan / berat badan : -

1- Choline - sila makan Choline, sejenis vitamin untuk memetabolizekan fat . . . kandungan Choline yang rendah pada badan boleh menyebabkan lemak blocking pada organ hati (liver). . . salah satu makanan yang korang biasa makan yang mengandungi Choline ialah kuning telur. . .ahaks! aku dah cakap dah telur ni baik untuk kesihatan, tapi kawan aku seorang tu dulu-dulu siap bagitau aku telur tak baik untuk kesihatan. . .cess, aku tak ambil overdose hokey, kalau ambil mana-mana makanan secara overdose memang lah tak baik untuk kesihatan kan. . .oh ya, satu lagi nak bagitau, choline adalah bahan utama di dalam Lecithin! hooray. . . makan Lecithin, dapatlah Choline !

2- Iodine - sila lah tambahkan kandungan iodine di dalam diet anda. . .haish! apa lagi guna iodine ni? Iodine ni membantu mempercepatkan metabolisma badan, ala ala booster la gitew xoxo . . .iodine ni juga akan membantu menstimulate thyroid hokey. . .nak kurus ada kena mengena dengan thyroid ke? ahaks, kalau korang ada masalah thyroid, kelenjar thyroid tidak akan sesekali mampu untuk mengeluarkan hormon yang akan membantu badan untuk mengawal-selia (regulate) metabolisma badan. . .so anda faham sekarang? jangan main-main, kesihatan thyroid juga sangat2 penting untuk badan anda. . .tanpa thyroid yang sihat, makan la segala jenis vitamin, tak ada faedahnya coz tiada organ yang nak kawal selia vitamin yang korang makan selain throid . . .

3- Inositol - waish! apa ke benda inositol ni? hohoho, aku pun tak pernah dengar. . .so aku google cari apa barang inositol ni. . .mengikut maklumat yang aku dapat, inositol adalah sejenis vitamin yang baik diambil bersama Lecithin untuk memetabolizekan fat. . .bahan yang mengandungi inositol adalah seperti telur, soya dan kacang (nuts). . .kalau mcm tu bukan susah pun kan, dah korang makan telur ke, kacang ke. . .dapatlah inositol kan . . sebab tu kalau nak kurangkan berat badan, sila peka dengan menu makanan korang hokey. . . dan pastikan sebelum nak berdiet segala macam tu, fikir dulu menu apa yang baik untuk kesihatan korang, jgn semberono nak ikut cakap si polan ka, si polin ka.. .

4- Chromium - kadmium aku tau la. . .ni Chromium, erm apa ke benda lagi ni???? meh google sekali lagi. . .chromium sangat penting untuk badan, tapi badan tidak mampu menghasilkan chromium secara sendiri, so kenalah ambil makanan yang mengandungi chromium diantaranya adalah seperti cendawan, keju dan bijirin. .  . .bukan susah nak dapat pun chromium ni kan. . .fungsi chromium? erm. . .chromium membantu memproses karbohidrat dan mengurangkan rasa 'kelaparan' (hunger pangs) . . .antaranya, chromium membantu mengurangkan kandungan gula berlebihan di dalam darah dan mengurangkan tekanan darah, mengurangkan jumlah pengedaran LDL di dalam darah. . .

5- Vitamin B ( B2, B3, B5, B6) - biasakan dengar vitamin B la, B complex la. . .ni memang harus!!! kalau nak kurangkan berat badan, sila pastikan korang ambil vitamin B, terutamanya B6. . .kenapa? kerana vit.B sangat membantu untuk memastikan metabolisma korang sentiasa 'running' dan di dalam masa yang sama menjaga kesihatan thyroid korang. . .

korang pening dan bengong sebentar? hokey hokey. . .memula makan Choline = Lecithin kan. . .katakan badan korang ni lembap nak tingkatkan metabolisma, so tu sebab kena makan choline, so metabolisma meningkat la kan, tetapi nak pastikan metabolisma tu sentiasa bergerak pantas, so kenalah vit.B sebagai pelincir. . .macam lah juga kereta korang, kena pump petrol baru kereta boleh bergerak kan, tapi kalau minyak pelincir tu likat sure enjin kereta tu bermasalah kan, pump la petrol byk mana pun, takkan kereta korang tu boleh bekerja semaksima yang mungkin. . .

so sama lah kes dengan Choline / Lecithin dan Vit.B, saling memerlukan hokey. . .mcm mana nak dapat sumber vit.B? erm, senang jer. . .telur dan oat mengandungi sumber vit.B yang baik. . .so kalau malas nak beli pil vit.B, an egg a day will make a slimmer you *wink wink*

6 - Vitamin C - semua tau kan vit. C. . .rule of thumb nak dapatkan vit.C senang jer, hampir semua buah-buahan yang berwarna kuning / oren mengandungi vit. C hokey. . .tu aku belajar time menengah rendah, cikgu aku yang bagitau. . .harap cikgu aku tak tipu aku la yer. . .kenapa nak vit. C kalau nak kurangkan berat badan? vit.C ni bukan sahaja mencantikkan kulit, tetapi vit.C membantu menukar glucose di dalam badan kepada bentuk tenaga. . . jadi, tak de nya glucose ni di simpan menjadi lemak kan!

 7- fatty acid (Omega 3 and 6) and Co-Q10 (coenzyme Q10) - omega 3 and 6 membantu mengawal fungsi imun, pembekuan darah, pertumbuhan sel dan komponen membran sel. . .manakala co-Q10 pula membantu makanan yang tersimpan menjadi lemak ditukar kepada bentuk tenaga dengan lebih cekap. . .kiranya Co-Q10 ni mcm booster la juga, dah byk sangat lemak 'spare tyre' keliling perut dan pinggang kan, so Co-Q10 ni membantu lelemak degil ni bertukar kepada bentuk tenaga dengan kadar yang lebih pantas dan cekap. . .telur pun ada fatty acid, ikan sardin dan salmon pun ada fatty acid. . .kalau korang malas nak makan pil omega, korang bolehlah makan sardin ke, telur ke. . .

8 - senaman - korang jangan rajin ja lebih beli semua pil / makanan yang disenaraikan tadi, tapi malas giler nak bersenam. . .jgn mimpi lah korang boleh kurus kalau mcm tu. . .korang ingat orang yang pi buat slimming kat Mari Body France ke, Slim World ka bayar $$$$$$ tak bersenam? korang silap!!! kalau dorang tak bersenam pun, tapi diet dorang strict tahap GABAN!!!! 1st 2 weeks kena makan dengan nilai kalori tidak melebihi 1200 kcal sehari . . . cuba try ambil kurang 1200 kcal sehari, memang ada yang pengsan ni!!!!  dah lah korang bayar ribu raban nak kurus, baik korang beli good supplements, take good diet plus bersenam, jimat duit badan pun sihat!!!!

bersenam ni ikut suka korang la, ada yang just 10 minutes a day, 5 kali seminggu. . .ada yang sejam sehari, tiga kali seminggu. . .ada yang seminggu sekali. . .tips paling senang lah kan, kalau yang kerja tu, jgn asyik duduk ja dalam ofis memanjang, time lunch at least buatlah pergerakan2 mudah selama 5 minit. . .tea time pun sama juga, jgn asyik minta tea lady buatkan minuman, pi la bergerak ke pantry, buat minuman sendiri. . .weekend ke, pi la jogging ka, berjalan2 kat keliling rumah ka. . .tak pun dua kali seminggu elakkan guna lif, turun naik tangga la (mengikut kemampuan hokey - kalau rumah kat tingkat 20, korang turun naik tangga at least dua tiga tingkat ka then continue guna lif). . .


pendek kata, nak tak nak, semua dari kekuatan diri korang kan. . .

panjang la pula aku melalut ni. . .lepas ni aku nak berdiri buat senaman ringkas 5 minit gerakkan otot2 badan ni. . .hadus, penat buat entry pjg berjela2. . .nak kurus punya pasal kan!!!!

 cheers everyone, jom stay healthy!!!

p/s: sekadar berkongsi info yang aku browse dalam few webs hokey, kalau korang rasa salah atau tak suka, sila lah komen. . .tak pun, korang boleh teruskan diet cara korang :))

saranghae
love is life; a neverending story

3 comments:

raisha said...

Hi! TQVM byk info b'guna. Nak tanya bagai mana dgn dose yg awak ambil? Boleh beritahu sya? Thanks.

Unknown said...

Mcm mn nk vit b ni.pm hrga please

Unknown said...

Awak makan lecithin blackmores ni je ke utk kurus