6.4.12

Down To Memory Lane : Latihan Industri



 saja saja lah nak buat entri ni, teringat pula zaman dulu dulu time praktikal. . .mesti tak lama lagi bebudak universiti ramailah yang kluar berpraktikal kan. . .so, happy industrial training!

 nak dijadikan cerita, dulu dulu lah time aku still study, time tu kan still 'remaja' gitu, rasa hati mmg suka sangat benda2 yang mencabar, budak lain sibuk nak praktikal kat hometown sendiri, aku pula sibuk nak praktikal nun jauh di sana. . .>>>> KL

 so, mmg lah punya mencabar nak pi praktikal tu. memula dah dapat tempat praktikal, masih ingat lagi, company tu kat Ampang. so hari pertama lapor diri, company tu suruh aku dan girlfriend pi Perak untuk base kat projek trek kereta berapi-api! time tu aku mmg dapat penempatan sekali dengan girlfriend. . .

 giler apa company tu, kalau tak nak bagi aku duduk base KL, kan senang tolak awal2 time aku mohon penempatan untuk praktikal, aku siap confirmed aku nak base KL, kalau tak dpt base KL aku tak nak
 buat praktikal kat sana! akhirnya, aku dengan girlfriend dua dua reject buat praktikal kat tempat tu. . .

 esoknya, aku kol my practical coordinator bagitau yang aku nak tukar company, tapi since masa sangat singkat nak cari tempat lain, my coordinator tak dapat nak carikan kitaorang praktikal kat area KL. . .

 cuak tak? aku tak de la nak cuak, cuma time tu aku fikir better aku balik hometown dan extend satu semester kan. . . punya lah bengong kepala aku ni suka giler buat keputusan 'on-the-spot' , aku ni mmg lah kekadang berfikiran pendek kalau dalam keadaan 'over-stress'

 hari ketiga bebudak praktikal, aku still ber'happy hour' dengan my girlfriend, siap pi airport balik jemput parents dia dari mengerjakan haji lagi. . .tu la the 1st time aku meet my girlfriend punya parents,  they are very nice and make me feel comfortable, they treat me like non stranger :))

  then masuk hari keempat, aku kebetulan bercontact dengan ms.Cicak, dia tanya aku mcm mana dengan praktikal, then aku bgtau lah kan all the stori mori. . .

 then hari kelima aku dapat kol dari ms.Cicak, dengan selambanya dia bagitau aku

~ isnin ni datang kat tempat aku praktikal, dorang dah confirm tempat untuk kau, datang masuk kat Project Management Department hokey ~

 hehe, mmg berbunga2 la hati aku kan. . .tapi, since girlfriend tak dapat tempat, aku risau takkan aku seorang je dapat praktikal, habis tu girlfriend mcm mana pula. . .dan petang tu, ada good news untuk girlfriend, dia dapat tempat katpetronas. . .lega kitaorang. .

dan bermulalah hari2 aku sebagai budak praktikal. . . ok, siapa boleh teka aku tinggal kat mana dan praktikal kat mana? clue: aku naik LRT dari station yang paling dekat dengan rumah, dan untuk sampai ke station terdekat kat tempat aku praktikal tu lebih kurang 1jam 10minit. . . kemudian aku naik shuttle bus, nak sampai pejabat praktikal tu lebih kurang dalam 15-20 minit. . .

bila bab nak balik rumah dari tempat praktikal, aku mmg paling lemah giler. . .sah kena naik bas yang penuh sesak mcm ikan sardin! tapi nak buat mcm mana kan, kena lah juga lalui. . .lagipun aku rasa la kan, at least nasib aku tak de la seteruk mana pun, aku yakin ada lagi yang lebih dashyat dari pengalaman aku kan. . .

praktikal time tu masa kerja habis jam 5pm, tapi selalunya lah kan, aku sampai rumah jam 8 malam. . .
xoxo, mmg penat giler, selalu jer terus tumbang nak tidur! satu hal yang pasti, aku dah jadi pengguna setia LRT, dan dalam masa dua minggu naik LRT tetiap hari (kecuali sabtu dan ahad), rasa-rasanya, aku dah hampir kenal beberapa muka yang aku akan jumpa tetiap pagi dan petang naik train yang sama. . .dan aku teringat, antara orang yang aku jumpa is my super duper senior kat universiti, time aku 1st sem, budak ni last sem. . .so mmg wajib la kan aku panggil dia super duper senior aku kan. . .

selain tu, ada satu budak perempuan india pun mcm tu juga, almost tetiap hari aku jumpa kat dalam LRT, dan dah selalu nampak muka, memula tu senyum2 la kan, lama2 dah boleh jadi 'kawan borak dalam LRT'. . .

so, untuk 10 minggu aku kenalah bertahan kan, lalui hari2 yang sama. . .cuma kekadang tu adalah juga aku
pi outstation for site visit / meeting. . . tempat pertama aku still ingat lagi. . . aku pi Peringgit kat Melaka untuk visit klinik Peringgit Melaka. . .lepas tu aku ada pergi utara, sekitar Kedah dan Perak. . paling best time ikut project manager and family dia bercuti kat hometown depa di Matang. . .1st time budak bandar masuk kampung nampak sungai besar, mmg tak hengat dunia aku ni!

antara benda menarik yang aku buat selama 10 minggu berpraktikal,
aku dan girfriend gila gila pergi jelajah semenanjung. . .

 kami akan backpack barang2 kami, and every jumaat malam kami naik coach bus untuk 'merantau' few places kat semenanjung ni, then kami akan balik KL every Sunday midnite, then ada satu masa tu, kami sampai KL ja dah jam 6.00am Isnin, kelam kabut aku nak bersiap pi praktikal. . . aku still ingat kami pi Kedah, Pulau Pinang, Terengganu (ni balik kampung si girfriend la ni, naik bas then almost sampai kat Kuala Terengganu, tayar bas pecah!), Melaka, Johor (cuma kat Muar je la hokey), Negeri Sembilan, dan Genting Highland. . . sempat juga selama praktikal tu aku visits few friends. . . aku time tu teringin nak pi Kelantan dan JB, tapi masa tak mengizinkan. . .sampai la sekarang ni, aku still tak sampai2 lagi kat Kelantan adn JB! Insya Allah, nextime la kot :))

 paling best kalau masuk ofis, mesti staf2 kat ofis tanya,

~hujung minggu pi mana?~

aku mcm biasa2 je la cakap,

~ semalam baru balik dari mandi sungai kat kuala kedah~

tak pun

~ adalah jenjalan pi bukit bendera~

 life is full with adventure kan. . .  kalau aku tak praktikal kat KL, mesti sampai sekarang aku tak sempat2 nak round tanah semenanjung!

p/s: time dulu2 kitaorang tak de kamera 
mcm budak2 sekarang ni. . . so, tak de nyer gambar kenang kenangan . . .
but anyway, i still remember most of the visits yang kami pergi. . .
untuk pengetahuan bebudak yang baru nak naik remaja, dulu2 hp pun still mono ringtone hokey!

 selain dapat jenjalan, aku dapat elaun bulanan! ni antara part yang paling seronok. . .korang kalau 1st time dapat gaji, mesti hati berbunga2 kan, samalah mcm ms.Saranghae, mmg sungguh gumbira, hati pun berbunga2. . .elaun bulanan ms.Saranghae dapat is RM450, cikebom bom betul kan. . .ni antara elaun tertinggi yang di bagi, kebiasaanya cuma RM300 (tu cerita 10 tahun yang lepas). . .then plus elaun overnite pun boleh claim, termasuk lah elaun makan minum, gila tak KELASS tempat aku praktikal!

 sempena bebudak bakal graduan IPTA / IPTS yang nak buat L.I tahun ni, semoga korang pun punya cerita yang best selama berpraktikal. . . cheers!

photo: source here


bukit bendera dalam kenangan :))

0 Comments: